Saturday, 1 September 2012

Artikel 4: Guru Wanita Trauma Dicabul



1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri- ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.


Artikel 3: Isu Kerjaya Guru Bukan Pilihan Terakhir



1.0 Pengenalan

Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Tugas utama seorang guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berkembang secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan


1.0         PENGENALAN ISU
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan menjadi semakin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.

Artikel 1 : Guru Sambung Belajar


            
1.0  Pengenalan

Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua – dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik”. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang – kurangnya 50%  guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan  bahawa pihak kerajaan  sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :

“ Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke syurga”.

Selamat Datang ke blog kami

Assalamualaikum 

Selamat datang ke blog kami. Diharapkan blog ini dapat membantu anda. Terima Kasih =)

Salam Perkenalan daripada kami=)

1. Nadhirah bt Abdul Jalil
2. Nor Azma bt Mohd Zain
3. Nursyahida bt Mohd Yusoff
4. Nurul Athirah bt Mustapha