1.0 Pengenalan
Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur
hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra
perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua
perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua – dua ini tidak dapat
dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada
tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang
bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik”. Rumusan dari
artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan
guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi
menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah
di sekolah menengah dan sekurang – kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun
2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk
menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji
kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan
mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu
jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :
“ Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,
maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke
syurga”.
Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa
Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu,
memandangkan ilmu itu sangat penting dalm membina kesejagatan manusia,
mendekatkan manusia dengan perkara – perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO
9000 ialah keseluruhan ciri – ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan)
yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru
adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk
kemajuan negara pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan
tidak dapat dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai
kualiti diri yang baik.
Kualiti
profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah.
Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru
yang bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak – kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu
mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan
pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional
dan konteks pendidikan.
2.0 Perkembangan hujah – hujah
Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap
individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita
sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan
pembaharuan menjelang abad ke – 21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (centre for
academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan
negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia
atau memperoleh status “World Class Education”. Pendidikan bertaraf dunia
menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara
khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang
diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.
Perubahan yang pantas
memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan,
keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukanpengetahuan, maka
pembelajaran berterusan adalah penting untuk seseorang itu mejadi lebih
profesional dan sentiasa releven
mengikut perubahan semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga
dibicangkan oleh Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan bahawa
pendidikan merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia.
Pembelajaran sepenjang hayat bermaksud
motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela
berdasarkan keperluan personal atau profesional.
Setiap guru perlu
mempunyai semangat dan cita – cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan
menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran
dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar
dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata – kata
Pat Basset, Presiden National Assosiation of Independent School (2009) bahawa terdapat satu
korelasi yang kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru
terhadap pencapaian murid. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi
kini menuntut setiap guru untuk
menguasai ilmu.
Pengetahuan dalam kalangan
individu merupakan kunci kejayaan dalam
sesebuah organisasi. Jesteru, organisasi
di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai matlamat
yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu akan meningkatkan lagi
kompentensi dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap
individu dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang
serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan.
Melanjutkan pelajaran
adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan,
khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu
membina kekuatan minda kearah daya fikir
tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya
menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu.
Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan adalah tepat. Dr Wan
Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa “Budaya Ilmu” bermaksud kewujudan satu
keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsang atau tdak langsung dengan kegiatan
ke ilmuan si setiap kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik
di tahap individu, apatah lagi diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan
berdasarkan ilmu pengetahuan. Menurut
beliau lagi, budaya ilmu adalah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan
asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, memang sangat
wajar bagi guru untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya mereka sentiasa mempunyai pengetahuan
terkini untuk di kongsi bersama dengan murid.
Guru dalam bilik darjah
merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang
perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka
usaha reformasi pendidikan akan
mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi
membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui
pembelajaran yang berterusan. Oleh itu,
setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi
pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep
pendidikan tentang pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya profesion
keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang
terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya.
Melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat. Memandang guru
adalah contoh atau role model yang paling dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan
tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan pembelajaran peribadi
mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru untuk mencapai
pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kuaiti
akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa
keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan
beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
usaha mereka memartabatkan profesion di
samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh
meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui
peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme
antaranya adalah seperti berikut :
i.
Program Diploma Perguruan Khas
Mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat
menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang
tahun 2005.
ii.
Program Diploma Perguruan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas
(SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari
ini.
iii.
Program Pensiswazahan Guru
Kursus – kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang
dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping
kursus – kursus yang diadakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk
guru – guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar.
iv.
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk
mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh
pengajian adalah selama empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan
mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan
kurikulum yang sama.
v.
Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti
Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang
demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus
dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah menjalankan bebrapa
program khas bagi memastikan terus berkembang.
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin
Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara
latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara
Institut Aminuddin Baki dengan universiti – universiti di Britain, Amerika
Syarikat dan Australia.
Guru
sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam
keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan
negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam
dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran
(P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar
pengajaran guru tidak nampak ketinggalan
oleh muridnya.
3.0 Implikasi dan kesan
Tokoh – tokoh dalam bidang pendidikan seperti Za’ba,
Profesor Tan Sri Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Wan Zahid dan ramai lagi menjadi
tokoh dalam bidang pendidikan kerana mereka mampu memainkan peranan sebagai
insan yang mampu menjentik dan menyuntik kesedaran kepada masyarakat. Melalui
ilmu yang dimiliki oleh mereka tokoh – tokoh ini memainkan peranan yang penting
dalam bidang pendidikan. Mereka
merupakan insan yang tidak jemu – jemu meneroka ilmu walaupun telah mempunyai
ijazah dan kehidupan yang selesa. Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut
setiap guru meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan keperluan semasa.
Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam
diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban
seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk
meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang
membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk
menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah
pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.
Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti
terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej
profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti
mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat
lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap
dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan
salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme
keguruan.
Perkembangan ilmu
pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke
peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran
ke peringkat lebih tinggi, lambat laun
akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh
seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak
berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk
menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru
perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan
dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang
guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti
juruterbang.
Kesan positif lain yang
dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari
ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu – ilmu baru agar seiring
dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap
kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat
pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk
melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar
dari semasa ke semasa.
Kesan negatif sekiranya
guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya ialah akan wujud masalah
pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan
baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting
di dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran
megalami masalah untuk membahagikan masa
dengan kerjaya, pelajaran serta keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek
yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri mereka terjejas. Disini, kemahiran
dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya guru tersebut mungkin gagal
mencapai matlamat yang dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan
guru tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Kesan kedua ialah wujudnya
kerjaya sambilan seperti berniaga kerana tekanan kehidupan. Sambung belajar
memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi
sekarang dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini akan memaksa
guru bertindak untuk mencari kerja sampingan yang lain, Setelah penat bekerja
di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan
tersebut. Keadaan in sudah pasti memerlukantenaga kerja yang maksimum dan
akhirnya guru berkenaan menerima padahnya. Mereka pasti keletihan dan pergi ke
sekolah pada keesokan harinya dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran
terjejas dan di buat ala kadar sahaja.
4.0 Cadangan
Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan
ketika guru sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran percuma kepada
guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan sebahagian daripada
galakan kerajaan untuk menggalakkan guru – guru untuk meningkatkan kualiti diri
mereka agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya
ada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad.
Jadi, ini menutup peluang guru – guru yang berminat untuk menyambung pelajaran.
Dengan adanya yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan
semangat untuk guru – guru untuk memajukan diri.
Cadangan saya yang kedua
ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi guru yang sedang belajar. Mereka
tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu
melihat webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan seperti tugasan juga
dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini boleh berjumpa dengan pensyarah
sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan
dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke kelas. Pembelajaran seperti ini lebih
mudah bagi individu yang mempunyai banyak komitmen lain.
5.0
Rumusan
Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia
pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah
penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat
latihan perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya
bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.
Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan
memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru
harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.
.
No comments:
Post a Comment